KOTA KINABALU: Mangsa banjir melibatkan tiga daerah di Kota Marudu, Pitas dan Paitan yang telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) mencatatkan peningkatan seramai 2,479 orang setakat pukul empat pagi tadi. Berdasarkan laporan kenyataan Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah, daerah Pitas mencatatkan jumlah peningkatan mangsa banjir tertinggi sebanyak 1,515, diikui Kota Marudu seramai 884 orang dan Paitan (80 orang). Di Kota Marudu, jumlah PPS kekal sebanyak tiga buah melibatkan Sekolah…










