SATU perjumpaan melibatkan pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TUDM) dari Siri Pengambilan 164/91 telah berlangsung di Tapak Makan Hotspot Lumut, Perak, pada 1 Februari lalu.
Kumpulan pesara TLDM yang digelar One Six Four Bikers tersebut bergerak dengan menunggang motosikal dari utara dan selatan tanah air, kemudian disambut oleh rakan-rakan dari kawasan Lumut.
Perjumpaan yang disertai seramai 50 orang pesara TLDM itu menjadi acara sosial yang dilaksanakan berterusan di samping bertujuan bagi mengeratkan silaturahim di antara pesara tentera yang rata-rata telah bersara dari perkhidmatan lebih dari 10 tahun. – UTUSAN










