KUANTAN: Lima sekeluarga ditemukan maut dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Lorong 6, Taman Cherating Damai, di sini pagi ini.
Mangsa terdiri daripada dua wanita, dua kanak-kanak dan seorang lelaki.
Kejadian disedari seorang ahli keluarga sebelum memaklumkan kejadian kepada polis.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah mengesahkan kejadian.
Laporan lanjut menyusul. – UTUSAN










