Kubur besar di Jordan dedah pandemik terawal dunia

Kubur besar di Jordan dedah pandemik terawal dunia

PENGGALIAN kumpulan penyelidik mendedahkan lebih 200 individu dikebumikan di sebuah kubur besar di hipodrome di Jerash, Jordan.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pasukan penyelidik yang diketuai Amerika Syarikat (AS) mengesahkan penemuan kubur besar pertama di rantau Mediterranean dikaitkan dengan pandemik terawal dunia.

Penemuan itu sekali gus memberi gambaran baharu mengenai wabak Justinian yang meragut jutaan nyawa di Empayar Byzantine antara abad keenam hingga kelapan.

Menurut kajian diterbitkan dalam edisi Februari Journal of Archaelogical Science, penemuan itu memberikan bukti empirikal yang jarang ditemukan tentang corak pergerakan, kehidupan bandar dan kerentanan penduduk yang terkesan akibat wabak tersebut.

Analisis DNA terhadap rangka manusia di tapak perkuburan besar di Jerash, Jordan, menunjukkan kubur tersebut merupakan peristiwa pengebumian serentak, berbeza dengan pembentukan tanah perkuburan biasa yang berkembang secara berperingkat.

Pasukan penyelidik itu sebelum ini mengenal pasti Yersinia pestis sebagai bakteria penyebab wabak Justinian.

Kajian baharu itu menumpukan kepada mangsa wabak, cara hidup, tahap kerentanan terhadap penyakit serta mengapa mereka berada di Jerash, sebuah hab perdagangan serantau dan pusat pandemik yang merebak dari tahun 541 hingga 750 Masihi.

Penggalian mendedahkan lebih 200 individu dikebumikan di sebuah kubur besar di hipodrome di Jerash, bandar yang dikenali sebagai Pompeii Asia Barat susulan peninggalan Greco-Rom.

Kajian juga mendapati mangsa datang daripada latar belakang demografi pelbagai, menunjukkan populasi yang biasanya bergerak bebas, berkumpul dan terperangkap di satu lokasi akibat wabak, keadaan yang disamakan dengan sekatan perjalanan semasa pandemik Covid-19.

Ketua penyelidik di Jabatan Sains Kesihatan Global, Alam Sekitar dan Genomik Universiti Florida Selatan, Rays Jiang berkata, kajian tersebut turut mendedahkan persamaan dengan pandemik moden, khususnya Covid-19, yang pada awalnya pernah diperlekehkan oleh Presiden Donald Trump sebagai ‘penipuan’.

“Namun wabak pertama sebenarnya lebih mudah dirungkai berbanding Covid-19. Kita mempunyai Yersinia pestis sebagai mikrob penyebab; kita ada kubur besar dan rangka manusia, bukti kukuh bahawa ia benar-benar berlaku,” katanya.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN