Kerja roboh pangkalan haram berstruktur di Sungai Golok selesai minggu ini

Kerja roboh pangkalan haram berstruktur di Sungai Golok selesai minggu ini

KERJA-KERJA merobohkan pangkalan haram Gergaji di Rantau Panjang, Kelantan baru-baru ini-GAMBAR FAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerja-kerja perobohan pangkalan haram berstruktur melibatkan tanah kerajaan di sepanjang Sungai Golok yang menjadi pemisah sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan akan selesai sepenuhnya minggu ini.

Ketua Polis negeri Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, Pengkalan Kubor, Tumpat merupakan lokasi terakhir kerja-kerja perobohan pangkalan haram melibatkan yang dibina atas tanah kerajaan selepas Rantau Panjang dan Pasir Mas.

“Kita akan teruskan sehingga selesai semuanya dan tiada lagi pangkalan haram yang wujud di kawasan sempadan.

“Setakat semalam, sebanyak 62 daripada 96 pangkalan haram yang mempunyai sturuktur telah berjaya dirobohkan, manakala baki selebihnya kini tertumpu sepenuhnya di daerah Tumpat.

Mohd. Yusoff memberitahu, sebanyak 223 pangkalan haram dikenal pasti di negeri ini, melibatkan 216 di atas tanah kerajaan dan tujuh di tanah persendirian.

Katanya, daripada jumlah itu 120 tidak berstruktur dan selebihnya mempunya binaan.

“Sejak operasi ini berjalan, kita dapati belum ada binaan baharu yang dibuat di kawasan pangkalan haram yang sudah dirobohkan.

“Kita sentiasa pantau dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang cubaan membina semula pangkalan haram,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN