LENGGONG: “Kepulangannya selepas 18 tahun merupakan hadiah paling bermakna menjelang Ramadan.” Itu kata Umi Kalsum Ahmad, 67, emak saudara kepada Norida Akmal Ayob, 45, wanita rakyat Malaysia yang pulang ke kampung halamannya Kampung Bukit Sapi, Lenggong di sini setelah 18 tahun terkandas di Lombok, Indonesia. Menurut Umi Kalsum, tiada kata-kata dapat menggambarkan kegembiraannya apabila Norida yang dianggapnya sebagai anak sendiri akhirnya pulang setelah hidup sendirian, susah dan daif di negara…










