SEREMBAN: Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) kini menyiasat dakwaan tular di media sosial mengenai sebuah restoran di bandar ini yang ‘mencuci’ lebihan masakan seperti tauhu, daging ayam dan kambing untuk dijual semula kepada pelanggan. Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Dr. Zuraida Mohamed berkata, pihaknya baru menerima maklumat berkaitan dakwaan tersebut dan siasatan sedang dijalankan. “Saya baru sahaja menerima maklumat ini dan telah meminta pegawai yang berkaitan untuk menyiasat dakwaan berkenaan,”…









