Israel serang Iran, beberapa letupan kedengaran di Teheran

Israel serang Iran, beberapa letupan kedengaran di Teheran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Israel melancarkan serangan awal terhadap Iran hari ini, mendorong Asia Barat ke dalam konfrontasi ketenteraan baharu dan melemahkan harapan untuk penyelesaian diplomatik terhadap pertikaian nuklear Teheran yang berlarutan dengan Barat.

Serangan itu susulan amaran berulang daripada Amerika Syarikat (AS) dan Israel untuk menyerang semula Iran jika Teheran meneruskan program nuklear dan peluru berpandunya.

“Israel melancarkan serangan awal terhadap Iran untuk menghapuskan ancaman kepada negara,” kata Menteri Pertahanan, Israel Katz.

Media Iran melaporkan, letupan kedengaran di Teheran pada Sabtu.

AS dan Iran menyambung semula rundingan pada Februari bagi menyelesaikan pertikaian yang berlarutan selama bedekad melalui diplomasi dan mengelak ancaman konfrontasi ketenteraan yang boleh menggugat kestabilan di rantau itu.

Bagaimanapun, Israel menegaskan sebarang perjanjian AS dengan Iran mesti merangkumi pembongkaran infrastruktur nuklear Teheran, bukan sekadar menghentikan proses pengayaan, dan mendesak Washington untuk memasukkan sekatan ke atas program peluru berpandu Iran dalam rundingan tersebut.

Teheran sebelum ini menegaskan akan mempertahankan diri daripada sebarang serangan.

Ia memberi amaran kepada negara jiran yang menempatkan tentera AS untuk menyasarkan pangkalan Amerika sekiranya Washington menyerang Iran.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN