WASHINGTON: Iran masih belum bersetuju dengan semua ‘garis merah’ yang ditetapkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dalam perbincangan diplomatik kedua-dua negara.
Naib Presiden AS, JD Vance berkata, rundingan itu berjalan dengan baik dalam beberapa aspek, tetapi Teheran masih belum bersedia untuk mengakui atau menangani beberapa tuntutan utama yang digariskan Trump.
“Dalam beberapa aspek, rundingan berjalan denga baik, mereka bersetuju untuk bertemu semula selepas ini,” kata Vance dalam temu bual bersama Fox News selepas rundingan di Geneva semalam.
Vance memberi bayangan AS masih berminat dengan pendekatan diplomatik, selepas Trump mengancam menggunakan kekerasan sekiranya Iran tidak bersetuju mengenai isu utama, bermula dengan program nuklearnya.
“Kita akan terus berusaha. Tetapi sudah tentu, presiden berhak menentukan bila beliau berpendapat diplomasi mencapai titik akhirnya.
“Kita berharapo tidak sampai ke tahap itu, tetapi jika berlaku, keputusan adalah terpulang kepada presiden,” katanya.- AFP










