TAIPEI: Gempa bumi berukuran 5.6 skala Richter melanda berhampiran pantai daerah Yilan di timur laut Taiwan hari ini, namun tiada kerosakan dilaporkan.
Gegaran itu turut dirasai bangunan di ibu negara Taipei, dengan jabatan meteorologi memaklumkan kedalaman gempa mencapai 66.8 kilometer (km).
Jabatan bomba pula berkata, pusat gempa berada 16.9 km dari ibu pejabat kerajaan daerah dan terletak di perairan pantai.
Taiwan terletak berhampiran persimpangan dua plat tektonik dan mudah terdedah kepada gempa bumi.
Lebih 100 orang terkorban dalam gempa di selatan Taiwan pada 2016, manakala gempa berskala 7.3 skala Richter pada 1999 meragut lebih 2,000 nyawa.- AGENSI










