Eksekutif bank mati ditikam anak

Eksekutif bank mati ditikam anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang wanita berusia 52 tahun ditemukan mati di rumahnya di Tanjung Bendahara, di sini pagi tadi dipercayai ditikam oleh anak lelakinya.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, mangsa Zahrullail Basir ditemukan dengan tiga kesan tikaman serta kesan luka dan lebam dalam kejadian pada pukul 8.45 pagi itu. 

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Terdapat kesan tikaman pada bahagian perut, payudara dan pergelangan tangan selain lebam dan luka pada anggota badan lain.

“Motif pembunuhan dalam siasatan namun pemeriksaan mendapati barang berharga mangsa dilaporkan hilang iaitu beg tangan berisi barangan kemas, wang tunai dan telefon bimbit.

“Polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut dan giat mengesan suspek yang terlibat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Beliau berkata, sehubungan itu polis mengesan seorang individu, Amirul Shafiq Shamsul Zahari, 29, dipercayai anak mangsa untuk membantu siasatan kes tersebut.

“Mana-mana pihak yang mengenali individu ini diseru tampil membantu siasatan di mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi pegawai penyiasat kes. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih.  

“Saksi, terutamanya ahli keluarga mangsa atau individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil memberi keterangan di balai polis berhampiran atau di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar,” jelasnya. 

Katanya, sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh disalurkan melalui talian hotline 04-7747222.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN