TEMERLOH: Usia mencecah satu abad bukan penghalang bagi Hamzah Mohd. Salleh, 100, untuk terus istiqamah berpuasa setiap kali Ramadan, malah warga emas itu tetap khatam al-Quran sekurang-kurangnya dua kali sepanjang bulan mulia tersebut. Lebih mengagumkan, lelaki itu ditemani isterinya, Norkiah Talib, 87, yang setia bersama dalam setiap ibadah dan perjalanan hidup mereka sejak lebih enam dekad lalu. Hamzah yang dilahirkan pada 1926 berkata, amalan membaca al-Quran selepas Subuh dan Maghrib…










