PETALING JAYA: Satu pertemuan khas melibatkan Ahli Parlimen, Senator dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dijangka berlangsung malam ini bagi membincangkan kedudukan Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Timbalan Presiden. Menurut sumber, pertemuan itu bertujuan memberi penjelasan mengenai perkembangan dalaman parti termasuk memorandum yang dikemukakan oleh beberapa bahagian berhubung kedudukan Hamzah. Kata seorang pemimpin Bersatu, kira-kira 90 pemimpin yang terdiri daripada semua wakil rakyat Bersatu dijangka…










