Bekas Presiden Korea Selatan dipenjara seumur hidup

Bekas Presiden Korea Selatan dipenjara seumur hidup

PENUNJUK perasaan daripada kumpulan buruh mengambil bahagian dalam protes menggesa penggulingan Presiden Yoon Suk-yeol di luar Dewan Bandaraya di Seoul, pada 12 Disember lepas.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Mahkamah Korea Selatan hari ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap bekas Presiden Yoon Suk Yeol selepas beliau didapati bersalah berhubung pengisytiharan darurat tentera pada Disember 2024.

Mahkamah memutuskan tindakan Suk Yeol mengisytiharkan darurat tentera sebagai percubaan untuk ‘melumpuhkan’ Perhimpunan Kebangsaan dan menyekat lawan politiknya.

Dalam ucapan yang disiarkan secara langsung pada Disember 2024, Suk Yeol mengumumkan langkah darurat itu dengan alasan perlu mengambil tindakan tegas bagi menyingkirkan ‘kuasa antinegara’.

Hakim Ji Gwi-yeon ketika membacakan keputusan di Mahkamah Daerah Pusat Seoul berkata, Suk Yeol mengerahkan tentera ke bangunan perhimpunan dalam usaha membungkam lawan politiknya.

“Mahkamah mendapati niatnya adalah untuk melumpuhkan fungsi perhimpunan bagi tempoh yang agak lama,” kata hakim.

Hakim turut menyatakan pengisytiharan darurat itu menyebabkan kos sosial yang besar dan tiada tanda jelas tertuduh menunjukkan penyesalan atas tindakannya.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap Suk Yeol.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN