PETALING JAYA: Polis merampas sebanyak 1,248 tin dan 108 botol arak pelbagai jenama dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM123,000, termasuk nilai cukai yang sepatutnya dikenakan. Rampasan itu susulan penahanan tiga lelaki oleh Pasukan Polis Marin (PPM) termasuk seorang warga emas dalam Op Taring Landai di dua lokasi berasingan di Taiping, Perak pada Rabu lalu. Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Jaffri Bidin berkata, serbuan dijalankan kira-kira pukul 4 petang…










