PPM serbu stor rokok seludup bernilai RM114 ribu

PPM serbu stor rokok seludup bernilai RM114 ribu

PPM serbu sebuah rumah yang dijadikan stor penyimpanan rokok seludup dianggarkan bernilai RM114 ribu. GAMBAR/IHSAN PPM LAHAD DATU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHAD DATU: Taktik sindiket menjadikan sebuah rumah sebagai stor penyimpanan rokok seludup bernilai RM114 ribu terbongkar apabila diserbu Pasukan Polis Marin (PPM) di Kampung Silam, dekat sini, semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 12.00 malam itu, Unit Gempur Marin (UNGERIN) menerusi Operasi Taring Landai Khas berjaya merampas sebanyak 95,000 batang rokok pelbagai jenama yang dipercayai cuba dipasarkan ke pasaran gelap.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, operasi berkenaan dijalankan hasil risikan terancang sebelum menyerbu rumah terbabit yang dipercayai dijadikan stor penyimpanan rokok tidak bercukai.

“Kita telah menyerbu sebuah rumah dan pelbagai jenis rokok seludup ditemui. Semua barangan dianggarkan mencecah RM114 ribu dirampas.

“Kita percaya rumah berkenaan dijadikan stor penyimpanan rokok dan usaha bagi mengesan dalang utama sindiket giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN