KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, semalam menangguhkan pendengaran prosiding permohonan pembebasan penuh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi membabitkan 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi yang dihadapinya. Permohonan dilepas dan dibebaskan (DNA) yang sepatutnya didengar dan berkemungkinan diputuskan oleh Hakim Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor itu ditangguhkan kepada 24 April ini. Walaupun tidak mendapat sebarang bantahan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) sebelum ini, namun Presiden UMNO itu…










