PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan kepada 54 penerima sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2026 di Istana Negara, semalam. Turut berangkat ke istiadat itu, Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah. Mendahului senarai penerima ialah Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais yang dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri. Turut dikurniakan SMW ialah Hakim…










