KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Pas Sungai Buloh, Ustaz Zaharudin Muhammad telah memfailkan saman pemula bagi mencabar keabsahan Seksyen 145 Kanun Keseksaan yang didakwa bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Beliau yang juga menantu Presiden Pas, Abdul Hadi Awang telah memfailkan saman itu pada 31 Disember lalu di Mahkamah Tinggi di sini dengan menamakan Kerajaan Malaysia sebagai defendan tunggal. Menurut saman pemula itu, tindakan undang-undang itu difailkan selepas dimaklumkan beliau akan didakwa atas…










