KUALA LUMPUR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah menzahirkan kebimbangan terhadap sebahagian umat Islam yang disifatkan seolah-olah kehilangan kompas kehidupan, terperangkap dalam gelombang kebendaan, gilakan jawatan dan mabuk dengan kuasa. Baginda bertitah, kekayaan material bagaikan akidah baharu yang menjadi pegangan sebahagian umat Islam, sehingga mendorong mereka berlumba dan bersaing secara tidak sihat, melakukan perkara bercanggah dengan etika, menghakis sifat keinsanan serta mengorbankan integriti demi mengejar kebendaan. Sultan Nazrin yang juga Pengerusi…










