Tentera AS tangkap Presiden Venezuela, isteri

Tentera AS tangkap Presiden Venezuela, isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Donald Trump mendakwa tentera Amerika Syarikat (AS) menangkap pemimpin Venezuela, Nicolas Maduro selepas melancarkan serangan besar-besaran ke atas negara Amerika Selatan itu.

“AS berjaya menjalankan serangan besar-besaran terhadap Venezuela dan pemimpinnya, Nicolas Maduro, yang ditangkap dan diterbangkan keluar dari negara itu bersama isterinya,” kata Trump di Truth Social.

Tiada pengesahan daripada kerajaan Venezuela mengenai nasib Maduro, yang berkuasa sejak 2013.

Kerajaannya menuduh AS melakukan ‘pencerobohan ketenteraan yang sangat serius’, susulan kempen berbulan-bulan peningkatan tekanan ketenteraan dan ekonomi oleh Trump.

Terdahulu, Caracas digegerkan dengan beberapa letupan disertai bunyi helikopter, sekitar pukul 2 pagi waktu tempatan.

Letupan itu berterusan hampir sejam, menurut jurukamera AFP.

Trump berkata, beliau akan mengadakan sidang media pada pukul 11:00 pagi waktu tempatan di kediamannya di Mar-a-Lago, Florida, di mana beliau sedang bercuti.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN