PEKAN: Tasik Chini di sini disifatkan sebagai petunjuk prestasi utama (KPI) komitmen kerajaan dalam memulihara alam sekitar yang menjadi perhatian dunia, sekali gus perlu dijadikan keutamaan bagi mengelak imej negara tercalar di peringkat antarabangsa. Presiden Persatuan Ekologi Malaysia (PEM), Dr. Ahmad Ismail berkata, semua usaha memulihkan kualiti tasik itu dan kawasan sekitarnya mesti dilaksanakan secara serius bagi memastikan status Tasik Chini Rezab Biosfera (TCRB) tidak ditarik semula oleh Pertubuhan Pendidikan,…










