PUTRAJAYA: Bermula tahun depan, sesi persekolahan Tahun Satu akan bermula pada usia enam tahun manakala prasekolah akan bermula pada usia lima tahun.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan itu masih belum diwajibkan kepada ibu bapa, bagi memberi ruang kepada pelbagai pihak bersedia kepada persekitaran baharu pendidikan, khususnya warga pendidik.
Beliau berkata demikian ketika meluncurkan Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 di sini hari ini.-UTUSAN










