Syria mula edar mata wang baharu

Syria mula edar mata wang baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAMASCUS: Bank pusat Syria secara rasmi memulakan proses pertukaran mata wang baharu negara itu  pada Sabtu, selepas beberapa bulan persiapan dijalankan.

“Hari ini (Sabtu), dengan izin dan kekuatan Tuhan, proses pertukaran pound Syria secara rasmi bermula selepas berbulan-bulan usaha berterusan dan bersungguh-sungguh,” kata Timbalan Gabenor Pertama Bank Pusat Syria, Mokhles Nazer, dalam satu kenyataan di platform media sosial X.

Menurut beliau, sejak awal pagi, wakil bank swasta dan syarikat pertukaran wang menuju ke cawangan Bank Pusat di wilayah bagi menerima mata wang baharu tersebut.

Nazer mengesahkan pound Syria baharu itu mula diedarkan dan digunakan secara rasmi bermula Sabtu.

Isnin lalu, Syria memperkenalkan wang kertas baharu, termasuk langkah penstrukturan semula nilai mata wang dengan membuang beberapa sifar serta menyingkirkan potret individu, sebagai usaha memperkukuh identiti nasional dan memulihkan keyakinan terhadap ekonomi negara.

Sejak penyingkiran rejim Bashar al-Assad pada Disember 2024, pentadbiran baharu Syria telah melancarkan pelbagai pembaharuan ekonomi dan politik yang bertujuan memperbaiki keadaan di seluruh negara.

Assad, yang memerintah Syria selama hampir 25 tahun, melarikan diri ke Russia sejurus digulingkan, sekali gus menamatkan pemerintahan Parti Baath yang berkuasa sejak 1963.

Pentadbiran peralihan baharu yang diketuai Presiden Ahmad Sharaa dibentuk pada Januari 2025. -ANADOLU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN