PETALING JAYA: Kebanyakan rakyat Malaysia yang berhibur di negara Thailand dikesan mengambil dadah jenis methamphetamine atau yang dipanggil syabu, ‘ais’, ‘sejuk’ dan ‘batu’ oleh penagih dadah. Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Ruslin Jusoh berkata, jumlah itu berdasarkan daripada 411 orang yang didapati positif dadah selepas pulang dari Thailand tahun lalu. Katanya, daripada jumlah itu, seramai 135 individu dikenal pasti positif dadah methamphetamine; ketamin (108 orang), ganja (74 orang)…










