Saki-baki babi masih aktif akan dipindah

Saki-baki babi masih aktif akan dipindah

SSR babi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan Ne­geri Selangor akan memindahkan saki-baki babi yang ditinggalkan dan terbiar di daerah Sepang dalam tempoh tiga bulan.

Exco Infrastruktur dan Per­tanian, Datuk Izham Ha­shim berkata, sebanyak 34 daripada 112 ladang ternakan babi masih aktif di daerah itu dan sedang dalam proses pemindahan sebelum kesemua itu ditutup sepenuhnya.

Katanya, jumlah babi yang ada ketika ini sudah mengecil angkanya dan rekod 120,000 ekor itu dicatatkan pada November tahun lalu.

“Memang masih ada ladang yang menempatkan haiwan tersebut. Sementara yang tutup pula disebabkan oleh ternakan yang terkena penyakit selsema babi Afrika dan ia perlu ditutup dan memerlukan masa untuk pembersihan.

“Selain itu, ada juga ladang-ladang yang kosong apabila pengusahanya tidak lagi mengusahakan ternakan babi dan beralih ke pertanian lain, namun dalam masa sama masih berharap jika mereka boleh kembali mengusahakan ternakan babi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Jelas Izham, pemindahan babi akan dilakukan secara berperingkat bermula de­ngan babi dewasa, sementara yang baru lahir pula akan dipastikan ia membesar dan selamat untuk dipindahkan.

“Kita tidak boleh pindahkan semua sekali gus atas faktor keselamatan dan pe­nyakit,” ujarnya.

Semalam, akhbar ini melaporkan terdapat beberapa ladang ternakan ditinggalkan oleh pengusaha di Tanjung Sepat, Kuala Langat, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk di Kampung Ladang Tumbuk, Kampung Batu Untung dan Kampung Batu Laut.

Tahun lalu, sebanyak 58 ladang babi di Sela­ngor iaitu 55 di Kuala Langat dan ti­ga di Sepang, disahkan dijang­ki­ti wabak ASF menyebabkan 14,000 ekor haiwan itu terpaksa dilupuskan untuk mengawal penularan wabak.

Beliau juga pernah menjelaskan, babi didapati positif ASF akan dilupuskan seperti mana proses pelupusan yang pernah dilakukan sebelum ini di bawah pemantauan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×