KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyempurnakan pembukaan outlet Manjaku yang ke-51 di Kangar Jaya, Perlis hari ini.
Turut berangkat, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Keberangkatan baginda berdua disambut oleh Pengarah Urusan, CL Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Eksekutif, Vach Pillutla serta Pengarah Eksekutif Grace Lee.
Pada majlis itu, Tuanku Syed Faizuddin dan Tuanku Lailatul Shahreen turut berkenan menyempurnakan acara memotong reben sebagai simbolik pembukaan cawangan ke-51 Manjaku di semenanjung Malaysia.
Baginda berdua turut berkenan meluangkan masa melawat ke ruangan dalam outlet berkenaan.
Sebagai rekod, Manjaku Retail Sdn. Bhd. merupakan pemilik jenama Manjaku yang telah lebih dua dekad berpengalaman dalam industri peruncitan barangan ibu dan bayi.
Manjaku dikenali sebagai antara kedai bayi paling mampu milik dan kedai bayi paling berpatutan di dunia dengan menawarkan nilai terbaik kepada setiap keluarga tanpa menjejaskan aspek kualiti dan keselamatan produk.
Selain menawarkan produk daripada pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa, Manjaku turut membangunkan dan memperkukuhkan jenama sendiri (house brands) iaitu Baby Hippo, Mimora, Livkin, Mommymora, Pebbles & Pine serta Sofyroo.-UTUSAN










