SEREMBAN: Polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai suspek utama dalam kes pembunuhan seorang lelaki yang maut ditikam di Pangsapuri Damai Ria, Mantin di sini 30 Disember lalu. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata, hasil siasatan mendapati individu terbabit dipercayai mempunyai kaitan langsung dengan kejadian berkenaan berdasarkan maklumat awam dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Katanya, maklumat awal diperoleh hasil laporan seorang pengawal keselamatan yang memaklumkan lelaki berkenaan…










