Platform X boleh diakses semula di Venezuela

Platform X boleh diakses semula di Venezuela

RAKYAT Venezuela menghadiri perhimpunan solidariti terhadap pemimpin yang digulingkan, Nicolas Maduro, dan isterinya, Cilia Flores di Caracas, kelmarin.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CARACAS: Rangkaian media sosial X kini boleh diakses semula di Venezuela, lebih setahun selepas ia disekat oleh presiden yang digulingkan, Nicolas Maduro.

Presiden interim, Delcy Rodriguez, yang sebelum ini berkhidmat sebagai naib presiden di bawah Maduro, turut membuat hantaran baharu dan mengemas kini biografi akaun X miliknya.

“Marilah kita terus bersatu dan bergerak ke arah kestabilan ekonomi, keadilan sosial serta kebajikan negara seperti apa yang kita cita-citakan,” katanya dalam hantaran itu.

Sebelum ini, rakyat Venezuela disekat daripada menggunakan aplikasi milik Elon Musk itu selepas jutawan terkenal itu terlibat dalam pertelingkahan terbuka dengan Maduro.

Maduro yang memenangi pilihan raya pada 2024 kemudian bertindak menyekat akses rakyat Venezuela terhadap aplikasi berkenaan.

Selepas pilihan raya Julai 2024, Maduro diisytiharkan sebagai pemenang meskipun berdepan pelbagai dakwaan penipuan sebelum menggantung akses X pada Ogos tahun sama.

Sebelum sekatan itu, X merupakan antara platform media sosial utama rakyat Venezuela.

Tindakan menyekat platform berkenaan menyebabkan menteri, ahli Parlimen serta institusi kerajaan tidak lagi mengemas kini akaun masing-masing.

Rodriguez mengambil alih tampuk pemerintahan selepas Maduro ditangkap oleh tentera AS pada 3 Januari lalu bersama isterinya, Cilia Flores.

Pasangan itu kini berdepan pertuduhan di AS berkaitan dakwaan pengedaran dadah.

Akaun X milik Maduro turut dikemas kini dengan gambar dirinya bersama isterinya dengan kapsyen: “Kami mahukan anda kembali”.- AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN