PETALING JAYA: Peniaga bazar Ramadan terpaksa menanggung kos tambahan sehingga 30 peratus apabila terpaksa menggunakan khidmat pihak ketiga bagi mendapatkan tapak niaga, sekali gus menambah beban kewangan menjelang bulan puasa. Tinjauan Mingguan Malaysia mendapati, sebahagian peniaga meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kewujudan orang tengah yang mengenakan bayaran tambahan bagi urusan permit, meskipun tapak bazar sepatutnya diperoleh secara terus daripada pihak berkuasa tempatan. Seorang peniaga kuih, Roziyah Jonit, 58 berkata,…










