SHAH ALAM: Pengeluaran padi Selangor merudum kepada empat tan metrik sehektar berbanding hingga lapan tan sebelum ini berikutan serangan ulat daun batang yang merosakkan tanaman tersebut. Exco Pertanian dan Infrastruktur, Datuk Izham Hashim berkata, pengeluaran padi sejak kebelakangan ini menunjukkan tanda-tanda peningkatan, namun ia kembali merudum susulan masalah serangan serangga tersebut. “Tetapi, akhir-akhir ini kena pula ulat korek batang. Jadi, penyakit itu bukan suatu yang mudah untuk kita uruskan dan…










