Pasangan kekasih seludup ganja langgar kereta polis - Utusan Malaysia

Pasangan kekasih seludup ganja langgar kereta polis

PASANGAN kekasih ditahan selepas bertindak melanggar kenderaan polis semasa pemeriksaan dilakukan di kawasan lampu isyarat tapak Perindustrian Padang Besar menghala ke Kangar, Perlis, pada Sabtu lalu. -UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Anggota Polis berdepan detik cemas apabila sepasang kekasih diarahkan memberhentikan kenderaan telah melanggar kereta pasukan keselamatan itu di kawasan lampu isyarat Tapak Perindustrian Padang Besar menghala ke Kangar, Sabtu lalu.

Dalam kejadian sekitar pukul 7.20 malam itu, polis mengesan sebuah kenderaan jenis Honda City berwarna hitam yang berada dalam keadaan mencurigakan sewaktu tiba di lokasi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd. Shokri Abdullah berkata, anggota yang menaiki kenderaan pasukan ketika itu telah bertindak mengekori suspek dan kemudian mengarahkan pemandu terlibat untuk menghentikan kereta dipandunya.

“Namun begitu, pemandu itu enggan memberi kerjasama dan bertindak memecut laju menyebabkan cubaan menghalang kereta suspek terpaksa dilakukan sehingga kenderaan pasukan turut mengalami kerosakan akibat dilanggar. Suspek berjaya ditahan di sekatan jalan raya (SJR) di KM 27 Sungai Chuchuh dengan bantuan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di lokasi berkenaan,” katanya, di sini, hari ini.

Mohd. Shokri berkata, hasil pemeriksaan mendapati kenderaan terbabit dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 20 tahun bersama seorang penumpang berusia 22 tahun dipercayai teman wanita suspek.

Katanya, pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan milik lelaki itu turut menemukan satu kotak berwarna merah dengan tulisan ‘1000A Made In China’ di bahagian kaki tempat duduk penumpang hadapan.

“Terdapat satu balutan kertas berwarna keemasan dan plastik lutsinar ditemukan berisi ketulan mampat daun kering dipercayai dadah jenis ganja dengan anggaran berat 1.022 kilogram (kg) bernilai kira-kira RM3,000.

“Siasatan awal juga mendapati suspek lelaki itu memperolehi bekalan dadah tersebut daripada seorang lelaki warga asing dengan upah RM100 bagi setiap satu kilogram untuk membuat penghantaran ke lokasi ditetapkan. Dadah yang dirampas itu juga dianggarkan dapat digunakan oleh seramai 1,000 penagih,” katanya.

Ujar Mohd. Shokri, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek lelaki itu positif dadah jenis Methamphetamine manakala wanita itu pula negatif.

Katanya, kedua suspek direman seminggu bermula semalam sehingga Jumaat ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN