MARANG: Pas belum memuktamadkan calon daripada parti itu untuk menerajui Perikatan Nasional (PN) susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi gabungan berkenaan pada 1 Januari lalu. Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, beliau menyerahkan kepada kepemimpinan Pas untuk membuat pilihan dan tidak semestinya beliau yang perlu memegang jawatan tersebut. Katanya, Pas menunda mesyuarat khas untuk membincangkan perkara berkenaan kepada minggu depan atas sebab-sebab tertentu. “Ikutlah dua nama…










