PEKAN: Penduduk Kampung Tanjung, Nenasi di sini mendakwa sudah biasa menemukan objek asing yang terdampar di pantai selepas dihanyutkan arus dan ombak besar setiap kali musim tengkujuh. Namun rata-rata penduduk yang ditemui mengakui penemuan satu objek ‘tidak dikenal pasti’ di pantai berkenaan Rabu lalu agak pelik dan menimbulkan tanda tanya dalam kalangan mereka. Objek berupa serpihan berukuran kira-kira 4.26 meter panjang dan 3.64 meter lebar itu disyaki jatuh dari angkasa…










