KANGAR: Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah mengutuskan surat kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bagi mempelawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Pas menyertai barisan Exco kerajaan negeri yang bakal dibentuk oleh beliau. Majlis istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis itu dijadual berlangsung di Istana Arau hari ini. Abu Bakar berkata, pada peringkat awal, empat ADUN dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)…










