PETALING JAYA: Majlis Amanah Rakyat (Mara) membuka peluang kepada semua golongan bumiputera mengikut keupayaan serta memberi keutamaan terhadap golongan berpendapatan rendah dan sederhana dalam bidang pendidikan dan keusahawanan. Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Mara tidak pernah menyisihkan golongan berpendapatan tinggi 20 peratus tertinggi (T20) namun keutamaan diberikan bagi memastikan nasib golongan miskin, anak yatim dan berpendapatan sederhana benar-benar terbela. “Saya tidak rela mendengar ada anak bangsa yang…








