KUALA LUMPUR: Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya bertindak membawa replika keranda buatan dan batu nisan sebagai simbolik bantahan pelaksanaan Hukuman Tatatertib Terus dalam demonstrasi aman di Universiti Malaya (UM). Situasi yang pada awalnya dalam keadaan terkawal bertukar menjadi tegang seketika apabila berlaku pergelutan kecil antara peserta dan polis bantuan UM ketika keranda tersebut mula diusung keluar untuk berarak. Timbalan Presiden Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM), Gan Zi Xiang berkata, tindakan itu…










