TEMERLOH: Kehalusan seni pertukangan Melayu Terengganu pernah terpahat di bumi Singapura apabila tukang kayu dan pengukir warisan dari Pantai Timur diberi kepercayaan membina sebuah kompleks istana berkonsepkan kesultanan Melayu di Geylang Serai. Pengarah Kayuma Industry, Mohamad Awik berkata, kompleks istana tersebut dibina sebagai pusat perhimpunan masyarakat Melayu Singapura bagi melaksanakan adat istiadat, majlis keagamaan serta pelbagai acara kebudayaan, Katanya, dibina di atas kawasan seluas kira-kira dua hektar, istana replika itu…










