SHAH ALAM: Kajian bagi mengadakan semula peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Tingkatan 3 (PT3) akan dilaksanakan pada tahun ini sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, dalam kajian tersebut kementeriannya turut mendapatkan input dan permintaan daripada ibu bapa disamping impak terhadap pentaksiran yang sedang dilaksanakan ketika ini. “Pentaksiran (berasaskan bilik darjah) dilaksanakan sekian lama, ada kesannya kerana ia memberi penumpuan kepada pentaksiran secara holistik.…










