KOTA BHARU: Kerajaan digesa menggunakan Seksyen 420 Kanun Keseksaan bagi membanteras penipuan pakej umrah dan ziarah yang masih sukar dikawal. Penipuan pakej terbabit menyebabkan ramai individu menjadi mangsa dengan kes terbaharu membabitkan 36 jemaah umrah Malaysia terkandas di Arab Saudi. Penasihat Undang-undang Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM), Nik Saiful Adli Burhan berkata, kes terbaharu itu jelas memperlihat elemen penipuan jenayah. Bagaimanapun katanya, perlakuan itu masih berisiko ‘dikaburkan’ sebagai hanya pertikaian…










