PETALING JAYA: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diarah untuk menjalankan siasatan dalaman segera bagi menentukan kesahihan dakwaan berhubung kemasukan individu tidak berkaitan serta aktiviti tidak bermoral di dalam kem tentera seperti yang tular di media sosial. Kementerian Pertahanan berkata, pihaknya memandang serius dakwaan berkenaan dan menegaskan bahawa siasatan tersebut penting bagi memastikan fakta sebenar dikenal pasti serta sebarang kekeliruan dapat diperjelaskan. Menurut kementerian itu, dakwaan yang tersebar tidak mencerminkan budaya, nilai…










