KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, semalam mengeluarkan perintah menyita aset mudah alih milik Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos selepas beliau gagal membayar baki kos penghakiman sebanyak RM66,061.85 kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok. Pada 26 Julai 2022, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd. Arief Emran Arifin (kini Hakim Mahkamah Tinggi) telah memerintahkan Jamal membayar ganti rugi RM300,000 merangkumi ganti rugi am, teruk dan teladan dan kos…









