Aplikasi khas bantu individu tinggal sendirian

Aplikasi khas bantu individu tinggal sendirian

APLIKASI Si Le Me direka sebagai alat keselamatan untuk mereka yang tinggal bersendirian.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Aplikasi keselamatan baharu kini semakin popular di China, dipercayai sebagai alat untuk membantu individu yang tinggal bersendirian.

Aplikasi Si Le Me, bermaksud ‘adakah kamu sudah mati?’ dalam bahasa Mandarin, membolehkan pengguna mendaftar masuk sekali sehari.

Amaran automatik akan dihantar kepada kenalan kecemasan pada hari ketiga sekiranya tiada daftar masuk untuk dua hari berturut-turut.

Aplikasi ringkas tersebut melonjak ke kedudukan teratas carta aplikasi berbayar Apple di China pada 10 Januari, dan sejak itu ia mencetuskan perbincangan meluas di media sosial negara tersebut.

Menurut pembangun Si Le Me, aplikasi tersebut direka sebagai alat keselamatan untuk mereka yang tinggal bersendirian.

Dikenali sebagai Demumu di luar China, aplikasi itu dilancarkan pada Jun dengan harga hanya satu yuan (RM0.58 sen), tetapi meningkat kepada lapan yuan (RM4.65) apabila ia mula tular pada 10 Januari.

Berita mengenai aplikasi yang semakin popular itu menjadi tular di platform media sosial Weibo, dengan ramai mempertikaikan nama aplikasi tersebut yang dianggap mengganggu, provokatif dan terlalu literal.

Di bandar-bandar besar China, populariti aplikasi itu dilihat bukan sekadar kerana individu tinggal bersendirian, tetapi lebih mencerminkan kebimbangan sekiranya seseorang tidak diperhatikan atau diabaikan jika sesuatu berlaku.

Populariti aplikasi itu juga mencerminkan perubahan norma sosial apabila ahli keluarga tinggal lebih jauh dan hubungan kejiranan semakin lemah.

Ramai penduduk bandar enggan membebankan orang lain, terutamanya dalam masyarakat di mana setiap orang dilihat sibuk atau berada di bawah tekanan.- AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN