PUTRAJAYA: Setiap pegawai dan anggota Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) perlu mengisytiharkan aset masing-masing bagi memastikan mereka ‘bersih’ daripada sebarang isu salah guna kuasa dan rasuah. Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, sekiranya mana-mana pegawai dan anggota gagal berbuat demikian, beliau tidak teragak-agak mengambil tindakan tatatertib berdasarkan peruntukan sedia ada. Justeru, beliau berkata, pihaknya akan memperkukuhkan kerjasama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan…










