Trump tiada hasrat ikut jejak Israel iktiraf Somaliland

Trump tiada hasrat ikut jejak Israel iktiraf Somaliland

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menegaskan tidak berhasrat untuk segera mengikuti jejak langkah sekutunya Israel, dalam mengiktiraf wilayah Somaliland sebagai sebuah negara merdeka.

“Semua perkara sedang dikaji… Kami akan meneliti. Saya mengkaji banyak perkara dan sentiasa membuat keputusan yang hebat, dan ia terbukti betul.

“Adakah sesiapa benar-benar tahu apa itu Somaliland?,” kata Trump dalam temu bual telefon dengan New York Post.

Mengenai cadangan Somaliland untuk memberikan akses pelabuhan kepada AS di Teluk Aden yang strategik, Trump sekadar memberi jawapan acuh tidak acuh, ‘tiada apa sangat’.

Israel pada Jumaat menjadi negara pertama yang secara rasmi mengiktiraf pemisahan Somaliland daripada Somalia, dengan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mendakwa akan memaklumkan perkembangan itu kepada Trump semasa pertemuan yang dijadualkan pada Isnin.

Dalam panggilan video dengan Presiden Somaliland, Abdirahman Mohamed Abdullahi, untuk menandakan langkah diplomatik itu, Netanyahu berkata beliau akan memberitahu Trump tentang minat Somaliland untuk menyertai Perjanjian Abraham.

Trump menegaskan beliau tidak terpengaruh dengan cadangan tersebut dan perbincangan akan datang dengan Netanyahu akan menumpukan kepada isu berkaitan Gaza, terutama gencatan senjata yang diaturkan pada Oktober dan usaha pembinaan semula yang sedang berjalan di bawah kerangka yang diluluskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN