PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag berikutan kematian Datuk Seri Bung Moktar Radin yang memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 29 November lalu. Setiausahanya, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, PRK itu tetap diadakan walaupun Bung Moktar belum mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Sabah. “PRK tetap akan diadakan meskipun Allahyarham Bung Moktar belum sempat mengangkat sumpah,” katanya…










