KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mempertimbangkan untuk meminda fasal di bawah Rang Undang-undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) yang menjadi kebimbangan banyak pihak. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, pihaknya mengambil kira cadangan-cadangan daripada ahli Dewan Rakyat mengenai penambahbaikan dan pindaan terhadap RUU berkenaan. Katanya, ia termasuk berkaitan keresahan ramai pihak mengenai komposisi penduduk di satu-satu kawasan yang terlibat dengan pembaharuan semula bandar dan…










