BAGAN DATUK: Seorang pekebun dan peraih kelapa di Rungkup di sini mengalami kerugian ribuan ringgit selepas kebun kelapanya ditenggelami banjir termenung sejak sebulan lalu. Norman Maizuki, 39, berkata, keadaan itu menyebabkan ribuan biji kelapa tidak dapat dikutip menyebabkan kelapa tua yang biasanya diproses menjadi santan kini rosak, busuk dan bercambah. Menurutnya, keadaan itu bukan sahaja menjejaskan bekalan santan malah menyukarkan proses pengeluaran produk berasaskan kelapa seperti minyak masak. “Kelapa yang…










