KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi (PSSC) mengesyorkan supaya tempoh tahanan 28 hari dan definisi kesalahan keselamatan, jenayah berkaitan keganasan serta jenayah terancang di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) (Akta 747) disemak. Laporan jawatankuasa itu mengemukakan lapan cadangan pindaan terhadap SOSMA. Pengerusi PSSC, William Leong berkata, akta itu bertujuan menangani kesalahan berkaitan keselamatan negara, jenayah terancang dan ancaman…










