KUALA LUMPUR: Peruntukan Seksyen 377 Kanun Keseksaan perlu dipinda bagi memastikan proses siasatan dan pendakwaan dapat dilakukan dengan lebih berkesan terhadap individu yang disyaki terlibat dalam perlakuan hubungan seks luar tabii. Datuk Dr. Ahmad Marzuk Shaary (PN–Pengkalan Chepa) berkata, pindaan perlu memasukkan elemen tambahan termasuk unsur niat bagi mengelakkan kelompongan dalam menilai tahap kesalahan serta memudahkan pihak pendakwaan mengklasifikasikan kes secara tepat. Katanya, ketiadaan elemen niat dalam peruntukan sedia ada…











